MEMORI KASIH ABADI
Hasil nukilan : Eypit
"Aduhai!" kedengaran keluhan dari mulut Ieza. Ina memandang ke arah Ieza yang duduk berhadapan dengannya. Dalam fikiran Ina tertanya-tanya mengapakah Ieza mengeluh. Ieza memandang Ina sambil menggeleng-gelengkan kepala. Dia tahu pasti Ina tertanya-tanya mengapa dia mengeluh. Fikirannya melayang lagi. Melayang mengingati seraut wajah yg bertahun tidak bertemu. Rindu rasa di hatinya tidak ada siapa yang tahu. "Fokus Za.. Fokus!" Ieza berkata-kata dengan dirinya sendiri supaya mendengar apa yang hendak diucapkan oleh Encik Pengerusi Persatuan. Banyak isu yang ditimbulkan di dalam mesyuarat malam ini. Sesekali mata Ieza liar mencari seseorang yang pernah bertakhta di hatinya. Namun hampa. Masih tidak kelihatan wajah itu.
Mesyuarat berjalan dengan lancarnya biarpun beberapa kerat saja yang hadir. Syukurlah ada juga yang datang. "Assalamualaikum!" Kedengaran suara memberi salam. Masing-masing yang hadir mesyuarat tadi menjawab salam yang diberi oleh seorang lelaki. Tiba-tiba Ieza berpeluh dan hatinya rasa berdebar-debar. Inilah seraut wajah yang dinanti-nantikannya. Lelaki itu adalah El, cinta pertama Ieza. Mesyuarat diteruskan setelah lelaki tadi bersalaman dengan teman-teman lelaki yang lain. Sepanjang mesyuarat tersebut Ieza curi-curi memandang lelaki tersebut. Begitu juga dengan lelaki tersebut. Mencuri-curi pandang pada Ieza.
Selesai mesyuarat ahli-ahli persatuan dihidangkan dengan jamuan ringan. Setelah Ieza dan Ina mengambil bihun sup dan air, mereka mengatur langkah ke arah meja bulat yang ada di sekitar halaman rumah rakan mereka. Akhirnya Ieza dan Ina memutuskan untuk duduk semeja dgn Halim dan Zali. Tiba-tiba Ieza berpeluh. "Ya Allah! Bila pula mamat nieh duduk depan aku?" Ieza berkata-kata di dalam hati. Sambil tersenyum El mengambil tisu dan kelihatan seperti ingin mengelap peluh yang terbit di dahi Ieza. Dengan pantas Ieza menyambut tisu tersebut. "Bahaya weh kalo ada yg nampak" kata hati Ieza lagi. Beberapa kali cubaan El untuk mengelap peluh Ieza gagal. Ieza cuba untuk jaga perlakuaannya. Dia sedar status terkini dirinya dan status lelaki itu yang menjadi batas pergaulan mereka. Bihun sup yang ada depan mata dijamahnya sambil berborak-borak dengan teman semeja diselang seli pula dengan bergambar dengan teman-teman yang lain. Meriah bila sudah berjumpa. Maklumlah mereka semua berkenalan sejak dari sekolah lagi.
Ina berbisik di telinga Ieza. "Aku nampak aksi tisu tadi. Wah! Romantiknya korang. Jangan risau. Rahsiamu rahsiaku jua...". "Alamak! Kalo Ina dah nampak. Teman-teman semeja tadi pun pasti nampak juga. Malu wehh!!" bicara hati Ieza. Ieza memandang wajah Ina itu sambil bertanya "Agak-agak ko wife dia nampak x? Mampus laa aku kalo dia nampak". Ina tergelak mendengar kata-kata Ieza. " Tak kot.. Wife dia jauh dari meja nieh". Lega hati Ieza mendengar kata-kata bffnya itu.. "Aku tahu antara korang masih ada sayang. Cuma korang tidak ditakdirkan bersama. Anggaplah malam ini sebagai memori indah korang" sambung Ina. Ieza memandang wajah Ina lagi. Teman bffnya itu merupakan bekas rakan sekelas Ieza. Peliknya masa sekolah dulu mereka taklah serapat sekarang nieh. Masa merapatkan hubungan Ieza dan Ina. Ieza bersyukur dapat bff seperti Ina.
Hampir jam 12.00 tengah malam majlis malam itu selesai. El berhasrat untuk menghantar Ieza dan Ina balik rumah namun Ieza berkeras untuk meminta Saiful menghantar mereka balik kerana baginya Saiful yang mengambil mereka tadi biarlah Saiful juga yang menghantar balik. Lagipun wife El ada sekali. Ieza tidak mahu wife El berfikiran negatif pula nanti. Ieza tahu wife El merupakan seorang isteri yang kuat cemburunya... El terpaksalah bersetuju dengan keputusan Ieza. Sambil melambai-lambai tangan, mata El tidak berkedip memandang Ieza seolah-olah tidak mahu melepaskannya pergi.
Beberapa hari selepas malam tersebut Ieza mendapat pesanan whatsapp dari El. Terkejut beruk jugak laa Ieza bila mendapat pesanan itu. El bertanya khabar Ieza dan menyatakan berapa seronoknya dia bertemu dengan Ieza di malam itu. Dalam pesanan whatsapp itu juga El bertanya dan mengorek semula cinta lama di antara mereka. Menurut El lagi dia mengambil keputusan untuk menikahi isterinya bila dia balik ke kampung dan mendapat tahu Ieza telah bernikah pada Mac tahun 1996. Katanya remuk hatinya bila mendapat tahu pernikahan tersebut. "Aduh! Tak payah laa korek balik El. Benda dah lepas. Ieza dah tanam jauh-jauh di sudut hati Za. Memanglah El yang pertama dan kini suami Za adalah yang terakhir di dalam hati Za. Memang tidak ada jodoh antara kita El. Biarlah sekarang ini kita berkekalan sebagai SAHABAT sahaja." Jawab Ieza mengakhiri pada pertanyaan El. "Selamat tinggal cinta pertamaku. Memori kasih ini akan aku abadikan sampai bila-bila di sudut hatiku. Za doakan semoga ko bahagia disisi keluargamu kini." bisik Ieza di dalam hatinya dengan perasaan sayu...
TAMAT.
No comments:
Post a Comment