-->

CATATAN RIEYZANA

Terima kasih sudi menyinggah di sini.. Andaikata ada tersalah tuturkata (penulisan) harap dimaafkan ya..

Halaman

  • LAMAN UTAMA
  • 🤓 KONGSI RESEPI
Copy and Paste the code below to link my blog...




EYPIT HANDMADE

https://bit.ly/30JCkWw

🤓 KONGSI RESEPI

 

Semoga dengan perkongsian resepi ini boleh menambahkan ilmu dan menu untuk hidangan seharian... Terima kasih atas kesudiaan anda mencubanya...




CORNFLAKES MADU 


Bahan2:


acuan kertas
50 gram butter (den guno buttercup)
20 gram gula perang(brown sugar)
1 camca teh madu
1/2 camca teh esen vanila
100 gram cornflakes
20 gram kismis / kacang badan (kacang badam tu dipanggang@disangai dulu.. kalo nak letak coklat rice pun
okey juga)


Cara:


- Panaskan butter, masukkan brown sugar dan madu sampai berbuih. Biarkan 5 minit.

- Masukkan esen vanila... gaul rata..
- Kemudian masukkan bahan yg dimasak tadi ke dlm bekas cornflakes. Gaul rata.
- Masukkan cornflakes tadi ke dalam bekas acuan kertas.. Taburkan kismis/kacang badam di atasnya.. 
- Bakar dlm oven seketika selama lebih kurang 5 minit. Siap utk dimakan.. hehehehe..



SAMBAL BALI (AYAM@DAGING/LIMPA /PARU/HATI LEMBU)

(Resepi kakak ipar)

Bahan blend:
Cili  kering
Cili api (optional)
Bawang besar
Bawang putih 
Lengkuas
Asam keping (x payah blend)
Kicap masin dan kicap manis
(x payah blend)

Bahan goreng:
Minyak 
serai (dititik)
Daun kari

Cara:

- perap bhn blend dgn kicap dan asam keping selama 1 jam.. 

- tumis bahan goreng..

- bahan goreng dah garing, masukkan bahan perap.. biarkan sedikit kering.  Perasakan dgn garam, ajinomoto (sya x letak)

- setelah kering dan rasanya ngam boleh laa tutup api dan hidangkan..




AYAM@DAGING PALEMBANG

(Resepi kakak ipar)


Bahan:

Serai (lbh x per)  
Bawang bsr.   -   diblend
Bawang putih  -   diblend
Halia  -   diblend
Cili kering dimesin
Sedikit gula dan garam
minyak utk menumis
Daun kunyit
Daun limau purut
Daun kari
Kicap manis
Santan
Lada sulah

Cara:-

- masukkan minyak.. tumis bahan bhn yg diblender dgn serai & daun kari hingga garing
- masukkan daging/ayam. Gaul rata.
- masukkan lada sulah, kicap dan gula. gaul.
- bila daging/ayam empuk masukkan santan. Kacau hingga pecah minyak.. masukkan daun kunyit dan dun limau purut. gaul.
- bila dah masak, tutup api. Boleh laa dihidangkan...


 LAUK ITIK

Bahan A:-

Bawang merah *
Bawang putih *
Halia *
Lengkuas *
Serai *
Cili kering *
Daun kunyit
Kerisik
asam keping
garam dan gula

Bahan B (agak2):-

Rempah bulat *
Lada hitam *
Jintan putih *
Jintan manis *

-> blend bahan bertanda *
-> asingkan bahan A dengan bahan B

CARA2:-

- bahan b disangai dulu. Lepas tu blend halus (blend kering)...ketepikan..

- tumis bahan A sehingga garing. Masukkan bahan kemudian tumis lagi hingga garing..

- masukkan daging itik dan sedikit air bagi melembutkan daging itik tersebut. Gaul bagi mesra daging itik dan bahan2 tadi.

- Setelah daging agak lembut masukkan pati santan. Gaul. Bila dah menggelegak dan terbit minyak masukkan santan cair.

- masukkan daun kunyit yg telah diracik halus dan bila  kuah dah nampak agak pekat masukkan kerisik, asam keping, garam dan sedikit gula

-gaul mesra.. setelah agak pekat dan cukup rasa tutup api..



CILI JERUK



Bahan-bahan:

Cili hijau 
(sya  guna yg merah sbb x der stok cili hijau)
Cuka masakan
Garam
Gula

Cara:-

- Hiris cili (jgn halus sgt).. basuh dan toskan airnya..
- Dlm bekas lain (balang kaca) satukan gula,  garam dan cuka.. Rasa masam, manis n masin..
- Dah ok rasanya masukkan cili tadi. Gaul rata dan blh laa ditutup.



GERANG ASAM

Bahan-bahan:-


- Daging/daging tetel/tulang
- Bawang merah         )
- Bawang putih           )
- Halia                        )
- Kunyit hidup            )       dikisar/blend
- Cili Kering               )
- Jintan manis             )
- Jintan putih              )
- Lengkuas  dan serai (dititik)
- Kelapa bakar ditumbuk halus (kalau x ada boleh gunakan kerisik)
- Air asam jawa
- Daun limau purut
- Garam dan perasa
- Minyak utk menumis.

Cara:-

1) Rebus daging  (jika daging liat).
2) Tumis bahan2 yang dikisar, lepas itu masukkan serai, lengkuas dan daun limau purut.
3) Setelah garing, letakkan daging. Masak sampai empuk.
4) Masukkan air asam jawa, kelapa bakar / kerisik, garam dan perasa.




MASAK LADA

Bahan-bahan:-

- ikan (mayong@duri/tenggiri/pari/siakap/kembung)
- bawang merah        )
- bawang putih          )
- halia                       )      dikisar/blend
- kunyit hidup           )
- lada hitam, jintan manis, jintan putih (disangai dan tumbuk sampai halus)
- cili kering (dikisar)
- bendi/terung
- daun kari
- air asam jawa
- rempah kari ikan
- minyak
- garam dan perasa (jika perlu)
- kerisik

Cara:-

1)  Tumis  bahan2 dikisar dan jintan2,  rempah dan daun kari sampai naik minyak.
2)  Masuk air asam jawa dan ikan. Biarkan mengelegak.
3)  Masukkan pula kerisik, garam dan perasa (jika perlu). Akhir sekali masukkan bendi/terung.



NASI AYAM PENYEK@PENYET

1- Ayam:

1/4 ayam tua (pencen)

2- Bahan untuk perap ayam:

4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 sudu besar ketumbar
* semua bahan ni dikisar

3- Cara menyediakan ayam penyet:

  1. Ayam diperap 30 hari minit dengan barang yang dikisar tadi tu (bahan untuk perap ayam) dengan sedikit garam
  2. Rebus ayam tadi sehingga empuk sebelum digoreng garing
  3. Kemudian hidangkan bersama hirisan timun, salad, kobis dan ulam-ulam yang anda suka

4- Menyediakan sambal

  1. Bahan-bahan ialah 20 biji cili api, 5 biji cili merah, 3 biji tomato dan 3 inci belacan.
  2. Semua bahan ini digoreng terlebih dahulu sebelum ditumbuk (nak blend pun boleh).

5- Cara nak makan:

  1. 1 pinggan nasi putih (beserta nasi tambah)
  2. 1 pinggan ayam yang telah siap digoreng tadi pada step 3
  3. 1 mangkuk sambal
  4. 1 mangkuk sup
  5. 1 jag gelas air suam :)


Kuih Tiram@Lidah Jin
(resepi dari My Resepi oleh s_shamen)



 

 

 

 

 

 

 

Bahan-bahan

  • 500gm tepung
  • 1 biji telur
  • 2 sudu margerin
  • sedikit garam
  • 160ml air
  • **6 sudu tepung jagung**
  • **6 sudu minyak**

Cara-cara

  1. Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.
  2. Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)
  3. Uli doh supaya jadi nipis. Off coz akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. **note: kalau buat canai besar, kita akan dapat kuih yang besar & cepat habis kerja :D
  4. Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..sapu rata.
  5. Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari. Amik ketul kecil tadi & canai leper.
  6. Goreng hingga kekuningan & sira dengan gula halus. Simpan dalam bekas kedap udara.

Sup Stimbot Ala2 Johnny's




Bhn2:

1/2 kilo tulang ayam/tulang ikan
2 ltr air
1 genggam ikan bilis (dikisar)/ 1 kiub pati ikan bilis
bawang putih
halia
garam dan gula secukup rasa

Cara:


- Rebus tulang ayam/tulang ikan dgn air

- Setelah mendidih, asingkan tulang2... masukkan bahan2 yg lain.  rebus dgn api yg sederhana... sesuaikan   
   masin dan manis ikut citarasa masing2.. kalo kurang air, boleh ditambah.
-  Boleh dihidangkan bersama sosej, udang, sotong, bebola ikan dan lain2 bhn utk stimbot...




Puding Telur


Bhn2:

10 biji telur
1/2 tin susu pekat
1/2 tin susu cair
sedikit esen vanila
gula + sedikit air (untuk dibuat gula hangus)


cara:

- masak gula sehingga perang. masukkan sedikit air perlahan2 dgn api yg kecil .setelah siap masukkan ke dlm loyang.
- pukul telur, susu cair, susu pekat dan esen vanila (saya gunakan blender jer).
- masukkan bahan2 yg dipukul/blend td ke dlm loyang yg berisi gula hangus.
- kukus sehingga masak.


Makaroni Goreng






(dlm foto ini hiasan tidak diletakkan kerana stok kehabisan)

Bhn:
Makaroni (rebus sehingga lembut & toskan)
bawang merah (dicincang/dimesin)
bawang putih (dicendang/dimesin)
cili kering (dimesin)
udang
sotong
ayam/daging
sayur campur (carrot, kacang peas & jagung)
garam
sedikit perencah maggi cukup rasa
bawang goreng
lada hidup (dipotong nipis)

Cara:
- tumis bawang2 dan cili kering sehingga garing.
- masukkan udang, sotong, ayam/daging, sedikit perencah maggi secukup rasa.
- diikuti pula dgn sayur campur. gaulkan.
- kemudian masukkan makaroni. letakkan sedikit garam. gaul sehingga mesra
- setelah masak hiaskan dengan bawang goreng dan lada hidup sebagai hiasan

**  rencah seperti udang, sotong ayam atau daging mengikut citarasa  sendiri... kalau nak gantikan dgn sosej yg dipotong2 kecil pn boleh  juga...

Kari Ketam




Bhn2:-
Ketam (dibasuh terlebih dahulu)
rempah kari ikan
santan
nenas
garam
bawang putih ) 1/2 ditumis kemudain (tumis darat )
bwang merah ) + daun kari

cara:
-ketam direbus dgn rempah, bwang putih &amp; bawang merah.</span></div>
 -biar sehingga pecah minyak. Masukkan santan.
-biar seketika. kemudian masukkan nenas dan sedikit garam
- *daun kari, bwang merah &amp; bawang putih dihiris dan ditumis berasingan (tumis darat) sehingga kekuningan.
-masukkan bahan * ke dalam periuk yg berisi ketam tadi. gaul sebentar biar sebati.
-tutup api dan boleh laa dihidangkan.



Pizza




Bhn:

Tepung gandum          - 250 gram
Yis segera                   - 5  g (1/2 packet kecil)
Air                             - 3/4 cawan
Garam                        - 1 sudu teh
Gula                           - 1 sudu teh


Inti (Topping) Pizza


Minyak             - 2 sudu makan
Tomato sos         - 4 sudu makan (jika suka pedas guna sos cili)
Sosej ayam         - 2 (boleh digantikan dengan tuna, sardin, ayam dll)
sayur campur       - 1/4 cawan (boleh ganti lain2 sayur kesukaan anda)
Keju berparut

Cara2:

1. Oven dipanaskan dahulu pada suhu 220-230 darjah C (400-440 darjah F)
2. Larutkan yis dan gula ke dlm air suam hingga naik buih halus
3. Masukkan larutan yis ke dlm tepung gandum dan masukkan garam.
4. Uli adunan hingga sebati (tidak melekat)
5. Perap adunan hinga naik kepada saiz 2 x ganda
6. Canai adunan supaya boleh dimasukkan ke dlm acuan pembakar (bergaris pusat 10-12 inci)
7. Sapukan permukaan adunan dgn minyak masak dan sos pizza. Lapiskan dengan sayur campur dan sosej campur yang
telah dipotong kecil dan lapiskan dengan keju berparut.
8. Peramkan dunan pizza 30 minit
9. Bakar pizza dlm oven selama 25-30 minit.


*sosej ayam tu zana gantikan dgn lain iaitu sedikit udang, sedikit daging dan sedikit ayam


Sos Pizza

1 labu bawang besar } di cincang
2 ulas bawang putih } dicincang halus
2 sudu besar minyak
2 biji buah tomato } dicincang
3 sudu besar tomato puri
2 sudu besar sos tomato
3/4 sudu kecil gula
1 sudu kecil oregano
garam secukup rasa

Cara membuat sos:

-Panaskan minyak.
-Tumis bawang besar,bawang putih sehingga layu
-Masukkan buah tomato, sos tomato, tomato puri, oregano, gula dan garam
-Kacau sehingga pekat

* sos pizza zana ambil dari resepi pizza yg lain.</span></div>



Nasi Ambeng


Info dari Blog Tempe vs Tapai  (http://tempevstapaiubi.blogspot.com/2009/02/resepi-nasi-ambeng-stail-jawa.html)


 

Nasi   ini merupakan makanan tradisi masyarakat jawa yang kian pupus. 'Nasi   Ambeng' ni biasanya dihidangkan semasa kenduri. Sewaktu makan, para   jemputan hanya menjamah sedikit sahaja, kemudiannya akan membungkus   untuk dibawa pulang. Tuan rumah akan menyediakan daun pisang, kertas   surat khabar dan tali setiap seorang. Dalam satu talam, hidangan   dibahagi kepada 4 bahagian.

Bahan wajib untuk 4 orang:

1. Nasi putih
2. Ayam masak kicap @ goreng @ ikan masi
3. Mee goreng
4. Serunding kelapa
5. Sayur kacang panjang @ buncis (sayur goreng)
6. Sambal tempe
7. Talam
8. Daun pisang



Mee goreng Jawa

Bahan :

- Mee kuning 2 paket
- Taugeh 50 sen

Bahan untuk di mesin

- 4 biji Bawang merah
- 3 ulas Bawang putih
- 1.5 biji buah keras
- kicap mee 4 sudu ( agak2)
- lada kering 2sudu
- 1 sdb lada hitam
- 1 sdb udang kering
- letak sos dan gula untuk manis (* lada hitam blend asing sebab takut tak hancur)

Caranya:
Tumis bahan2 yang dimesin sehingga garing. Masukkan mee dan gaul rata.Masukkan taugeh. Gaul sebentar dan angkat.

Serunding kelapa

Bahan :

Sebiji kelapa parut

Bahan untuk di mesin
jintan manis 1 jemput
1sudu jintan putih
3sudu ketumbar
4 batang serai
1/2 inci lengkuas sebesar ibujari
1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
2 sdb lada kering blend
1/2 inci kunyit hidup ( elok guna yang fresh)
2 sdb udang kering
Asam jawa sebesar ibujari diperah airnya dengan 2 sdb air (pekat2)
Gula dan garam secukup rasa.
Semua bahan diatas dimesin sehingga halus

Caranya:1.   Goreng kelapa tanpa minyak (sangan) sehingga kelapa kekuningan  sedikit.  Ini adalah supaya serunding tahan lama dan tidak basi.
2. Tumis bahan2 yang di mesin sehingga garing. Masukkan gula merah sehingga gula hancur.
3. Masukkan air asam dan garam. Biarkan atas api kecil sehingga agak pekat.
4. Masukkan kelapa yang telah digoreng. Gaul rata lebih kurang 5 minit. Bolehlah diangkat.

Resepi : Pecal Stail Jawa

 Info dari Blog Tempe vs Tapai http://tempevstapaiubi.blogspot.com/

Bahan-bahan

300 gm kacang tanah

10 biji bawang merah 
10 biji bawang putih 
6 biji cekur @ kencur (orang jawa je yang guna bahan ini)
30 gm asam jawa
1 1/2 inci persegi (@ sebesar ibu jari) belacan 
100 gm cili api 
150 gm gula 
1 sudu besar (rata) garam @ secukup rasa pilihan masing-masing
1 keping tempe di hiris kecil 

Minyak masak untuk menggoreng

Ulaman
1 ikat pucuk ubi (rebus)
1 ikat kacang panjang (celur)
semangkuk bihun (rebus)
1/5 kg tauge (celur)
2 biji tahu
 (goreng)
2 biji timun
Nota : Ulaman di atas perlu dicelur terlebih dahulu. Banyak lagi ulaman boleh ditambah seperti pucuk ubi, pucuk betik dan sebagainya.

Cara-cara

  • Goreng tempe dan tahu (lumur dengan serbuk kunyit sikit je) sehingga agak garing. Hiris tahu selepas digoreng. Ketepikan
  • Goreng kacang tanah sehingga betul-betul masak). Kisar sehingga agak halus. Ketepikan dahulu
  • Goreng pula asam jawa bersama belacan sehingga belacan masak. Angkat dan ketepikan
  • Sekali lagi, goreng pula cili api, cekur, bawang putih dan bawang merah sehingga layu. Angkat dan ketepikan
  • Selain kacang tanah, tumbuk kesemua bahan yang digoreng tadi bersama-sama gula dan garam sehingga halus dan sekata. (Jgn lupa! Buang terlebih dahulu biji asam jawa)
  • Gaulkan kesemua bahan ini bersama kacang tanah yang telah dikisar tadi sehingga keluar minyak (berkilat)
  • Ambil sebahagian adunan dan bancuh bersama air suam (Air bergantung kepada kepekatan kuah yang diinginkan. Tapi, kalau cair, sangat nanti rasanya kurang dan begitulah sebaliknya)
  • Akhir sekali, simpan adunan selebihnya ke dalam bekas kedap udara dan  tempatkan dalam peti sejuk selama 1 jam. Boleh dikeluarkan bila-bila masa untuk bancuhan seterusnya.
  • Jika mahu makan stail jawa, gaulkan semua ulaman bersama tempe dan tahu dahulu. Kemudian siram kuah pecal ke atasnya. Dah boleh makan.
Nota : Sesuai untuk 4-6 orang


Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Doa Perlindungan Dari Syaitan

Doa Perlindungan Dari Syaitan

zikir harian

zikir harian

Doa2 Bulan Rejab

Spoiler:
Powered by Upload PDF
Download document to PC

click here...

Currency Converter
get this [close]

pak uteh

Spoiler:
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

click here..

REUNION SMR '87

Spoiler:
2nd reunion
49 perkataan

Speedtest

Pertandingan Foto Char Kuew Teow Paling Menyelerakan

Spoiler:
Hari nie zana dapat berita yg menggembirakan dari shida (forum wanitamelayu.com). Terima kasih yer shida kerana memilih foto zana sbg pemenang tempat pertama... Alhamdulillah... Image hosted by servimg.com

Galeri Permainan

Spoiler:
Iklan Jawatan Kosong

Translate

English French German Spain Italian Russian Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

JOM LAYAN

sinar Fm: by NickLan
.: DIARI RIEYZANA:

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

▼

Powered By Blogger Widgets

Ikut @rieyzana

BMI CALCULATOR

Blog Archive

Free Counters Free Counter

hijriah

Jom Baca Surah2
Al-Quran
Galeri Blog

jom singgah... lepak kat sini....

  • bloglah
  • forum melayu boleh
  • forum waktu solat
  • frenszone
  • friendster.com
  • gua.com
  • infokltimu.fjoomla.com
  • kedai makan
  • kongsiblog.org
  • malaysia.yahoo
  • murai.com.
  • my year book
  • perkampungan kmc
  • putera.com
  • torrent.jiwang.ws
  • wanita melayu
  • youtube
.: sYok.Org :
Manchester United Logo
Zeedownload-DDL

Galeri Akhbar / Majalah

  • Harian Metro
  • MIngguan Wanita
  • Utusan Malaysia

Galeri Resepi Masakan

  • hanieliza
  • kongsi resepi
  • mesra.net
  • resepidiana
  • resipi.net
Galeri Muzik
Lagu2 top masa kini
Popok.net
jiwang.org

click here..

My blog is worth RM950,000.00

Travel theme. Powered by Blogger.