Assalamualakum!
Hari nie hari pertama berpuasa.... Semoga dengan keberkatan di bulan Ramadhan ini, kita diberi taufik dan hidayah... juga diberikan kesabaran bagi menempuh setiap dugaan... Lebih2 lagi dugaan ketika membeli juadah berbuka dan persiapan menyambut raya.. hehehehe... Sebut tentang membeli juadah berbuka nieh... Hubby zana dah pesan.. tepat jam 5.00 petang pastikan zana dan niena telah siap untuk ke pasar ramadhan.. maklum laa hari hari pertama berpuasa... malah hari pertama berbuka puasa di rumah bapa mertua zana untuk tahun ini... hehehehe... Harap2 tak laa rambang mata tengok pelbagai juadah yang ada..
Berbalik kepada citer bab puasa nieh... apa kata kita ingat semula apakah Erti Puasa dan Waktu Niat Puasa ?
- Erti Puasa adalah menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.- Waktu Niat Puasa bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut...
LAFAZ NIAT PUASA
DOA BERBUKA PUASA
INGAT YA!!!
Elakkan pembaziran ketika berbuka..
No comments:
Post a Comment